
|
sweet owner ![]() Bigfoots! Credits!
| Love or Fashion ? -1- Hah ? Apa ? Pagi ini dia okey ? Haih, pelik sungguh! Eh, siapa pula yang sedang gembira pagi ini ? Mestilah si Zara Ashaa binti Tan Sri Habib! Setiap pagi, pasti semua orang akan dimarahinya tetapi hari ini, lain daripada yang lain! Oh, memang menakjubkan! "Good morning, Lisya."Sapa Zara kepada rakan baiknya, Nur Alisya binti Dato' Irfan. Alisya memandang pelik. "Eh, kau. Kenapa tiba-tiba mood okey ini ? Mesti ada rahsiakan! Tell me, babe!"Alisya segera menggesa Zara untuk memberitahu apa yang sebenar-benarnya berlaku kepadanya. Zara tersenyum sinis sambil mengjongketkan keningnya. "For your information, today, Zara Ashaa binti Tan Sri Habib akan.....berdating bersama Mohd Haqimi bin Tan Sri Muiz."Beritahu Zara sambil tersengeh-sengeh. Alisya membeliakkan matanya yang sememangnya sudah bulat itu. Zara mengerutkan dahinya. "Anything problem ? Bukankah kau juga yang suruh aku dating dengan dia ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?"Zara melontarkan bertubi-tubi soalan dengan nada yang agak mengecewakan. Mukanya ada seperti muka orang yang baru sahaja putus cinta. Alisya menggelengkan kepalanya. "Eh, are you sure ? Or, kau sengaja reka cerita ? Ataupun, itu hanya mimpi kau ?"Alisya masih lagi tidak percaya. "Eh, eh! Kau ini sudah kenapa ? Ini bukan mimpi dan bukan aku reka cerita! This is true!" "Tapi, tidak akanlah sampai dating ? Bukankah Qimi itu tidak suka ber'dating' ?" "Memanglah dia tidak suka ber'dating'. Aku sendiri pun tidak tahu apa fasal dengan dia." "Aku rasa dia tengah permainkan kaulah, baik kau berwaspada."Pesan Alisya sambil membayangkan betapa sakitnya hati Zara semasa itu. "Eh, janganlah doa begitu! Aku pasti yang dia betul-betul serius," "Kau tidak ingatkah fasal dulu ? Babe, dia pernah sakitkan hati kau. Itu pun kau masih belum sedar ?" "Erm.."Tiba-tiba sahaja perbualan mereka terhenti. Alisya menyambung kerjanya manakala Zara masih lagi berfikir. 'Tok..Tok..Tok..'Bunyi ketukkan pintu dari luar rumah banglo 3 tingkat itu berjaya membuatkan Zara tersedar dari lamunannya yang panjang tadi. Dia pantas berlari anak menuju ke pintu untuk mengetahui siapa yang mengetuk pintu rumahnya itu. "Assalammualaikum."Satu suara memberi salam apabila Zara membuka pintu. "Waalaikummussalam. Cari siapa ya ?"Zara menujukan soalan kepada jejaka itu. Jejaka itu membisu. Dia tidak memandang Zara langsung. "Errr..Awak ini siapa dan cari siapa ?"Zara sekali lagi memberikan soalan. Jejaka itu memusingkan badannya sambil tersenyum sinis. Zara mengetap bibirnya. "Nama saya Hazim. Saya cari Cik Zara Ashaa. Dia ada tidak ?"Hazim mengenalkan dirinya. Zara tersenyum. "Oh, sayalah Zara. Kenapa ya ?" "Awaklah Zara Ashaa binti Tan Sri Habib ?"Sekali lagi Hazim memberikan soalan yang sama. "Errr, ya. Kenapa ?"Zara mengerutkan dahinya. "Oh, tiada apa-apa. Mungkin awak sudah lupakan saya." "Erm, boleh beri nama panjang awak ?" "Muhd Hazim bin Dato' Hadi. Awak lupakah ? Aish! Tidak sangka Zara boleh lupakan Hazim! Hazim punya tunggu Zara!"Hazim membuat muka merajuknya. 'Hek eleh Hazim ini, macamlah comel sangat. Aku bagi siku baru tahu!'Getus hatinya. "Alah, Hazim. Manalah Zara mahu kenal! Hazim pakai cermin mata! Cubalah buka, baru Zara kenal. Masuklah. Papa dan mama ada di atas."Zara menjemput Hazim masuk ke dalam rumahnya. Hazim hanya mengangguk sambil membuka cermin mata hitam yang dipakainya. "Zara, Zara belum kahwinkah ?"Soal Hazim. Zara terkedu. "Belumlah. Zara masih single, okey! Hazim itu ? Sudah kahwin atau belum ?"Jawab Zara sambil menjelirkan lidahnya. Hazim tersengeh-sengeh. "Belumlah. Hazim tunggu Zara." "Errr, maksud Hazim ?" "Hazim sayang Zara." |