Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. replace your own image :D


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Nurul Afreena
Others: ? ? ?


Miss Diva VS Miss Muslimah

Matahari yang terbit itu menerangi bilik Qina, seorang gadis yang berumur  20 tahun. Nurul Aqina binti Tan Sri Haqim. Siapalah tidak kenal ? Di sekolah, dialah ratu gedik. Di kolej, dialah ratu model. Semuanya dia! Setiap majalah, pasti akan terpapar besar-besaran gambar dia dan tertulis 'Miss Diva'. Mahu dikatakan, satu dunialah kenal dia! "Tok, tok, tok!!" Pintu bilik Qina diketuk perlahan-lahan. "Masuk."Pendek Qina membalas sambil menjeling ke arah pintu. "Cik Qina, ini pakaian untuk Cik Qina."Bibik Adidi, pembantu rumah Aqina sudah bersedia untuk menyiapkan tuannya yang mengada-ngada itu. Pakaian pun mahu suruh orang gosokkan! Apalah mahu jadi! "What is this ?! Hey! Kenapa terselit tudung sekali ?! Nanti I tidak famous, you tahu ?!"Qina mencekak pinggangnya sambil menunjukkan muka masamnya. "Erk. Tapi, bukankah Cik Qina sendiri suruh saya sediakan tudung ?"Bibik Adidi mula mengingati tuannya kembali sambil mengeluarkan perakam suara. Dia memutarkan semula suara Qina. Suara yang beria-ria mahu bertudung. "Erk. Okay fine! You can put it here."Qina mengeluh lemah.

"Wow! Ratu Model pakai tudunglah! Hahaha!"Seseorang menggelakkan Qina yang memakai tudung itu. Qina menjeling lemah. "Hoi! Jangan berani-berani mahu hina saya, ya! Atau awak akan disaman!"Qina memberi amaran kepada orang yang menggelakkannya itu. Orang itu menggigit bibirnya. Tidak berani lagi mahu mengutuk ataupun menghina. Takut-takut disaman berjuta-juta. "I'm sorry, Kak Qina.."Qina tersenyum. Ada juga yang takut dengan dirinya! Di dalam hati Qina, dia sudah tergelak-gelak jahat. 'Baru kau tahu aku siapa!' Hati jahatnya semakin kuat tergelak. "Okay, good. You can go now."Qina mengarahkan orang itu sesuka hatinya.

Qina melangkah menuju ke pintu keluar kolej. Tiba-tiba, satu suara memanggilnya. "Qina!! Qina!! Sini sebentar!"Wawa atau nama panjangnya Nur Siti Huwawa binti Dato' Mukmin, rakan karibnya dari kecil itu, terjerit-jerit memanggil Qina. "Yes ?"Qina menunjuk lagaknya. Perlahan-lahan dia mendekati papan tanda itu. "Excuse me, girls. Princess Qina mahu lalu."Lisa, rakan karibnya juga dan merupakan sepupunya itu sudah mengalu-alukan kedatangan Qina. "What's wrong, girls ?"Qina menyerahkan fail serta buku-bukunya kepada Lisa tanda menyuruhnya memegang sebentar. "Qina, you bacalah!" Wawa mendesak Qina untuk membaca apa yang tertulis di situ. "Mencari model untuk memegang gelaran 'Miss Diva'. Orang yang terpilih akan berlawan dengan Anita binti Muil, seorang gadis yang digelarkan Miss Muslimah."Qina membaca satu demi satu perkataan yang ditulis dan ditampal di papan kenyataan itu. "Oh, seriously ? I wajib jadi." "Betul itu, Qina! Awak patut masuk. Awakkan Ratu Model di kolej ini! Tidak mungkin ada yang berani mahu masuk jika awak sertai!"Seseorang menyokongnya dari belakang. Suara itu amatlah garau. Qina menoleh ke belakang sambil mencekak pinggangnya. "Wow. Budak tahun 1. Puji I ? Imagine! Thank you for support me, dear." Qina tersenyum lebar. Hatinya senang riang!

"Qina, are you serious ? Awakkan sudah bertudung. Tidak akanlah mahu tanggal ?"Wawa melemparkan soalan bertubi-tubi kepada Qina. Biar padanlah mukanya kerana bersikap begitu! "Wawa, tidak akanlah awak tidak kenal saya. Saya inikan Ratu Model. Kenalah join! I don't care. This is myself!"Qina menjadi semakin serabut. Tidak mungkin dia dapat melawan Ratu Muslimah di kolej itu! Gayanya pun tidak sehebat Anita. Anita itu lebih ramai peminat berbanding dengannya! "But Qina, tiada sesiapa pun yang berani mahu lawa dengan Anita binti Muil. Anita itu sudahlah lawa, baik pula itu. Tidak seperti kita bertiga ini. Tidak habis-habis menyusahkan orang. Erghh! Malulah jika kita kalah!"Lisa mula membebel. Terbayang-bayang wajahnya apabila kalah dengan Anita binti Muil yang disebut-sebutkan itu. Oh, tidak mungkin Qina mampu mengalahkannya. "Girls, saya pun sedang memikirkan jalan yang terbaik bagi mengalahkan Anita. Jangan fikir perasaan awak semua sahaja. Saya pun akan rasa malu. But, my father is Tan Sri. Her father is only normal man. Tidak fikirkah ?"Qina mula berbicara seakan sedang berdebat. "Ya, awak anak Tan Sri. Tapi, awak juga tidak fikirkah orang zaman sekarang ini bagaimana ? Mereka bukannya pilih kasih! Lagi-lagi yang menjadi juri di pertandingan itu ialah Puan Zurina! Pensyarah tersohor di kolej kita."Sekali lagi, Lisa membebel. Kali ini, bebelannya lebih panjang lebar dari tadi. "Betul cakap, Lisa itu! Tidak fikirkah Puan Zurina bagaimana ? Puan Zurina, pensyarah paling tersohor di kolej kita. Dia adil! Awak lupakah kes kita tidak siapkan assignment yang diberinya ? Malu saya, awak tahu ?" "Ya, saya masih ingat. Perkara paling jijik pernah saya lakukan iaitu mencuci tandas! Tapi fikirlah juga jika saya tarik diri. Saya juga yang akan malukan ?" "Tahu pun malu! Awak yang mengada-ada mahu tunjuk hebat kononnya!" Kini, mulut Qina tidak mampu berkata apa-apa lagi. Keadaan menjadi sunyi serta merta.

Anita melangkah masuk ke dalam bilik dimana masanya untuk mengambil gambar. Dia meletakkan beg tangan yang berjenama Guess itu di atas sebuah meja. Tanpa membuang masa, dia mendekati jurugambar itu. Dia berbisik sesuatu kepada jurugambar itu. "Siapa yang bakal berlawan dengan saya ? Nur Siti Huwawa binti Dato' Mukmin ? Lisa Juliana binti Adam Azman ? Ataupun gadis gedik yang menggelarkan dirinya Miss Diva a.k.a Ratu Model ?" Seorang demi seorang nama penuh ahli Pinky Lala disebutnya. Gayanya amat serius. "Nurul Aqina binti Tan Sri Haqim. Dia akan berlawan dengan awak."Jurugambar itu memberitahu bahawa Qina bakal berlawan dengan Anita. Anita tergelak kecil. "Ada hati dia mahu lawan dengan saya ? Sungguh lawak..Pasti dia ingat dia boleh menangkan ? No! Kemenangan pasti menjadi milik saya."Anita kembali ke arah meja itu semula. Dia mengambil beg tangan Guessnya itu dan terus meninggalkan bilik itu.

Dua minggu kemudian...

Anita dan Qina ditempatkan di sebuah bilik Photoghraphy yang terletak berhampiran dengan cafe. Kedua-duanya menjeling antara satu sama lain. Tiada langsung gaya mahu berbaik-baik! Huh! Dua-dua sama keras kepala! "Qina, awak jangan ingat awak boleh menang. You know right who is me ? Miss Muslimah."Anita mengingati Qina supaya jangan berlagak. Qina cuba menjeling ke arah Anita. "And you don't think that you can win. I'm Miss Diva."Qina juga mencuba untuk menakuti Anita. Anita menjeling ke arah Qina. "Alah, you tunggu sahajalah siapa yang bakal menang nanti."Sambung Qina. Beberapa saat kemudian, nama Anita dipanggil oleh tuan rumah untuk memulakan sesi perlawanan. Selepas beberapa minit perlawanan antara Anita dan Qina berlangsung, akhirnya tibalah waktu untuk mengumumkan pemenang. "Jadi, hari ini, kita akan mendapat Miss Diva yang baharu. Antara Anita atau Qina. Saya, Tong Ming Hong mengumumkan.........Anita sebagai Miss Diva di kolej ini!!!!!"Muka Qina pucat. Malu dirinya! Oh, seperti mimpi pula! "You tengok ? Haha."Pendek Anita berbicara.

"Nita, saya minta maaf sebab terlalu berlagak dengan awak. Now, I'll be the real me. Thank you sebab sedarkan saya."Qina meminta maaf kepada Anita. Anita hanya mengangguk sambil berkata, "Ingat ya. Tiada siapa perfect di dunia ini. Semuanya akan adil."Anita mengingati Qina. Akhirnya, Qina menjadi Nurul Aqina yang sebenar-benarnya atas pertolongan Anita binti Muil.

TAMAT~~~~~

So ? Macam mana ? Seronok ? Jika ada kekurangan, seperti biasa ! Chatbox ! ^__^ Bye :*.